Nikon D5200 memang menyeronokkan

Jelas kamera ini bersesuaian untuk jurugambar amatur yang mendambakan foto terbaik tanpa perlu berusaha lebih. 

Lebih penting, ia kamera jenis DSLR yang tidak sukar digunakan meskipun anda baru pertama kali menggunakannya.



Secara ringkas, D5200 mempunyai kelebihan berbanding D3200 apabila ia 10 peratus lebih kecil dengan saiz 125 x 96 x 76mm manakala D3200 sebelum ini mempunyai dimensi 129 x 98 x 78mm yang turut memberi kesan kepada tahap beratnya.


Nikon berjaya mengurangkan berat kerangka D5200 kepada 505g saja yang memudahkan peng­guna membawanya ke mana saja. 




Angka sama dapat disaksikan apabila D5200 memperbaiki kelembapan shutter lebih baik (276ms) berbeza dengan model D3200 iaitu 302ms. 

Malah, jangka hayat bateri kali ini lebih baik apabila D5200 mampu merakam 540 foto dengan sekali cas. 

D5200 menggunakan pemprosesan EXPEED 3 yang berprestasi tinggi di samping keupayaan resolusi 24 megapiksel lengkap bersama pengesan imej CMOS. 



Model sama dilengkapi kemudahan merekod video bersaiz 1920 x 1080 pada skrin 30 kerangka sesaat (fps) yang cukup baik jika anda mahu menjadi jurukamera separuh masa merakam memori indah ketika bercuti dan sebagainya. 

Penggunaan pengesan imej baru DX-Format CMOS dan pemproses imej EXPEED 3 menjanjikan gambar yang terperinci dengan definisi tinggi (HD), mewah dengan warna dan penakrifan imej yang lebih baik. 

Ia juga memberikan pengurangan ‘noise’ ketika keadaan cahaya yang sensitif di tempat gelap dalam ISO tinggi (1,284 ISO). 


Kalau anda tidak mahu menggunakan kawalan manual yang disediakan butang di atas produk ini, laraskannya pada mod ‘bukan flash’ atau Auto saja. 

Hasilnya masih unggul, malah anda masih mampu melihat foto menarik terutama jika anda berada di luar bangunan. 

Sementara mod Auto sememangnya bijak sebagai pembantu ketika mengambil gambar dengan dua tambahan fungsi kebijaksanaan iaitu dedahan dan pencahayaan selain beberapa fungsi kepintaran lain termasuk ISO, pilihan senario, pengesan wajah dan AF pantas. 

Cara kerjanya mudah iaitu pengguna hanya perlu menyelaraskan butang pendail ke Auto dan pengguna hanya perlu acu lalu tekan butang shutter. Pelarasan lain akan dibuat secara automatik. 

Fungsi itu amat berguna apabila kita tidak menyang­ka detik keemasan datang secara tiba-tiba kerana kita tidak sempat untuk membuat pelarasan secara manual. Ia menjadi kaedah paling mudah untuk mendapatkan hasil berkualiti tinggi. 

Contoh paling mudah ialah sekiranya anda mengacu kamera untuk mengambil gambar pemandangan yang bermakna subjek berada pada jarak jauh meskipun lensa yang digunakan adalah standard iaitu 18-55mm. 



Ketika itu Auto akan menyelaraskan kamera pada senario pemandangan dan sekiranya anda mengalihkan kamera ke arah rakan yang ada di sebelah, maka secara pantas pula ia mengubah pelarasan kepada senario potret. 

Kalau anda pentingkan kepuasan foto dengan ­kerja seni pula, pastikan 
anda melaraskan ISO kepada tahap tinggi, maka kelajuan shutter juga 
ditambah dan tahap cahaya sekeliling subjek juga dikesan untuk disesuaikan ­dengan penetapan rakaman. 



Dengan penetapan ini, imej yang dirakam tidak kabur. Kamera ini juga merakam satu senario luar dugaan seperti anak kecil yang aktif bergerak atau orang bersukan dengan baik. 

Model D5200 bersesuaian dengan lensa seperti disenaraikan di bawah: 

1. DX Format - Zum 

  • AF-S DX NIKKOR 18-300mm f/3.5-5.6G ED VR - RM3,598.00 
  • AF-S DX NIKKOR 55-300mm f/4.5-5.6G ED VR - RM1,098.00 
  • AF-S DX NIKKOR 18-200mm f/3.5-5.6G ED VR II - RM2,988.00 
  • AF-S DX NIKKOR 10-24mm f/3.5-4.5G ED - RM3,498.00 
  • AF-S DX NIKKOR 18-105mm f/3.5-5.6G ED VR - RM1,388.00 
  • AF-S DX NIKKOR 18-55mm f/3.5-5.6G VR (3.0x) - RM1,088.00 

    2. DX Format - Jarak Fokal Tunggal 
  • AF-S DX NIKKOR 35mm f/1.8G - RM899.00 

    3. DX Format - Tujuan Khas 
  • AF-S DX Micro NIKKOR 40mm f/2.8G - RM\998.00 
  • AF-S DX Micro NIKKOR 85mm f/3.5G ED VR - RM1,698.00 

    Riview video mode:



  • INFO: 

    Produk: Nikon D5200 
    Harga: RM3,598 (dengan lensa 18-105mm) 
    Pengeluar: Nikon 
    Pertanyaan: Nikon Malaysia 
    Laman Web: www.nikon.com.my

  • Admin - east region | ONLINE

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Sponsored by :-