Produk baru : Sennheiser S1 Digital & Sennheiser HD 800


2 fon telinga penentu Sennheiser

Harga bersesuaian dengan kecanggihan yang ditawarkan S1 Digital bercirikan ikon yang lebih besar, butang `onoff’ dan pesanan suara yang memaklumkan tahap bateri serta status wajar mendapat perhatian pembeli. 
S1 Digital menidakkan tanggapan bahawa fon telinga tidak selesa digunakan untuk jangka masa lama kerana peranti terbabit mempunyai dua kemajuan berbanding model sebelumnya dengan rekaan plastik padu yang memberikan keselesaan sepanjang hari dan cangkuk dipertingkatkan untuk lebih mudah dipakai. 

Akhirnya, untuk memastikan audio jelas bagi setiap panggilan, hasil kerjasama dengan BMW Group DesignworksUSA yang diperkenalkan untuk memberikan pengurangan bunyi bising persekitaran serta penyesuaian audio automatik untuk membantu pengguna yang menghadapi perubahan suara mendadak.

Satu lagi produk yang dinantikan termasuk HD 800 yang memahami tabiat penggunaan peminat muzik sama ada mereka menggunakan telefon atau tablet.

Sennheiser juga beranggapan barisan produk terbaru mereka sesuai untuk mereka yang ingin beralih daripada kaedah tradisional penggunaan muzik ke arah perkhidmatan yang mudah diakses melalui peranti mudah alih. 

Sekali pun bersaiz kompak, produk HD 800 menyediakan bunyi yang hebat menggabungkan bentuk dan fungsi untuk menyampaikan bunyi benar-benar meliputi persekitaran pengguna. 

Riview by video mode : 

Spesifikasi WS1 Digital 

Produk: Sennheiser S1 Digital 
Harga: tidak diperoleh 
Respon frekuensi: 20 - 16.000 Hz 
Impedens: 360/260 Ohm stereo 
Tekanan bunyi: 98 dB SPL pada 1kHz, 1V, 90 dB pada 1 kHz, 1mW 
Berat: 410g 
Sambungan: bluetooth 
Bateri: 2 x AA, bertahan 40 jam 


Spesifikasi HD 800 

Produk: Sennheiser HD 800 
Harga: tidak diperoleh 
Warna: perak 
Respon frekuenci: 14 - 44100 Hz (- 3 dB) 
Tekanan bunyi: 102dB 
Kabel: 3 meter 
Berat: 330g

Admin - east region | ONLINE

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sponsored by :-