Nokia baru saja memperkenalkan model Lumia 925 yang terus menggunakan Windows Phone sebagai sistem operasi utamanya sekali gus meneruskan kesinambungan produk berasaskan perisian Microsoft sebagai asas binaan utamnya.
Telefon yang memiliki berat 139 gram dengan tahap kenipisan 8.5mm itu jauh berbeza dengan model Lumia 920 terdahulu iaitu 185 gram di samping mempunyai tahap kenipisan lebih tinggi pada saiz 10.7mm.
Produk kali ini menggunakan badan aluminium penuh dengan kerangka polikarbonat pada bahagian belakang.
Ia bakal beroperasi pada mesin pemprosesan 1.5GHz Dual Core, RAM sebanyak 1GB dan kapasiti setoran menjangkau 16GB serta tidak dilupakan paparan 4.5 inci OLED yang menggunakan format resolusi 1280 x 768 piksel.
Telefon yang cukup terang bagi kegunaan harian itu dilengkapi kuasa kepakaran Nokia membangunkan kamera PureView 8.7 megapiksel pada bahagian belakang dan kamera depan 1.2 megapiksel.
Nokia Lumia 925 sudah mula dijual di Eropah pada harga Euro469.
Riview Nokia Lumia 925 video Mode :
SPESIFIKASI:
Produk: Nokia Lumia 925
Harga: Anggaran RM1,840
Rangkaian: GSM, Edge, WCDMA, LTE
Dimensi: 129 x 70.6 x 8.5mm
Berat: 139g
Paparan: 4.5 inci WXGA (1280 x 768) AMOLED, 334ppi
Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon(TM) S4 1.5GHz Dual Core
Masa berbual: 12.8 jam
RAM: 1GB
Memori: 16GB
Setoran cloud: 7GB
Kamera: 8.7 megapiksel PureView, lensa Carl Zeiss Tessar
Bateri: 2000mAh
Info - Mymetro
Admin - east region | ONLINE
No comments:
Post a Comment