Sony Xperia SP riview


Sony baru saja memperkenalkan tiga telefon pintarnya termasuk Xperia SP, E dan E Dual yang masing-masing mempunyai ciri tersendiri seperti tetapan 4G LTE dan inovasi membuang bunyi bising ketika berbual serta suara berasaskan HD.

Model pertama Xperia SP dilengkapi teknologi mantap seperti kualiti skrin yang hebat, ciri kamera terbaru, sambungan NFC untuk fungsi One Touch, stamina bateri tinggi dan aplikasi media untuk foto, filem dan game. 
Manakala Xperia E direka untuk individu yang mahukan peranti dengan harga berpatutan manakala E Dual pula dilengkapkan bersama versi dwi sim. 

Model E mempunyai kapasiti bateri bersaiz 1500mAh dengan paparan 3.5 inci HVGA serta pemprosesan 1GHz.
Beza Xperia E dan E Dual hanya tertumpu kepada warna serta fungsi dwi kad sim yang dikhaskan untuk E Dual manakala spesifikasi selebihnya hampir sama.

Riview video mode :

SPESIFIKASI: 

Produk: Sony Xperia SP 
Harga: RM1,299 
Rekaan: kerangka aluminium 
Paparan: 4.6 inci 720p HD Reality bersama Mobile BRAVIA(R) Engine 

Fungsi: One Touch dengan NFC untuk paparan kandungan terus ke TV atau kongsi muzik serta foto antara dua peranti. 

Rangkaian: 4G LTE untuk hiburan dan pelayaran pantas 
Tetapan: mod Stamina untuk jangka hayat bateri yang lebih lama 
Warna: hitam, putih dan merah (yang akan dipasarkan kemudian) 

Kamera: 8 megapiksel dengan Exmor RS untuk mudah alih seakan kamera kompak Sony, fungsi HDR dan Superior Auto. 

SPESIFIKASI: 

Produk: Sony Xperia E dan E Dual 
Harga: RM499 dan RM559 
Dwi sim: hanya pada E Dual 
Fungsi: Pengurusan data yang menjimatkan penggunaan bateri 
Bateri: 1500mAh 
Paparan: 3.5 inci HVGA 
Muzik: xLOUD and 3D 
Sambungan: tanpa wayar DLNA 
Pemprosesan: 1GHz 
Warna: hitam, putih dan merah (E) serta hitam dan emas (E Dual) 

Ciri Panggilan anda lebih jelas dengan suara format HD, buang bunyi bising pada persekitaran

Admin - east region | ONLINE

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sponsored by :-