Panasonic toughbook CF19 - laptop tahan lasak !


Model Panasonic Toughbook CF 19 bukan sekadar laptop biasa. Hanya de­ngan model ini saja, laptop anda boleh dilenyek dengan tayar motosikal, jatuh ke lantai, ditanam dalam pasir, beroperasi ketika hujan dan pelbagai ciri tahan lasak yang lain.
Ia memandangkan laptop tebal ini memang direka untuk kegunaan lasak malah ia turut digunakan pasukan keselamatan ketika saat genting.

Namun, Toughbook CF 19 tidak semestinya ha­nya untuk golongan profesional saja malah jika anda tinggal berhampiran pantai atau dalam hutan pasti mahu peranti yang lasak untuk melindungi perkakasan daripada garam, pasir, dan banyak lagi. 

Mengenai mesin ini sendiri, Panasonic yang sudah memulakan pembangunan laptop tahan lasak bermula sejak 2007 menampilkan saiz skrin 10 inci dengan kasing aloi magnesium tahan lasak, pemprosesan Intel Core I, RAM sehingga 8GB, pemacu cakera atau SSD lasak serta sambungan 3G

Ia menggunakan fungsi papan kekunci dan monitor boleh sentuh dengan pen stylus jenis Wacom yang beroperasi hebat dengan Windows 7.

Dari aspek ciri enterpris, ia mempunyai sejumlah besar ciri perniagaan seperti TPM, pembaca kad pintar, pembaca cap jari dan ba­nyak lagi. 

Toughbook CF 19 bukanlah laptop yang cantik, kelihatan agak besar dan seperti komputer peribadi (PC) mudah alih yang direka pada awal tahun 90an tetapi kecantikan bukan faktor utama memandangkan ciri industri lebih penting.

Bahagian luarnya dileng­kapi aluminium tahan lasak dengan rekaan berwarna perak dan plastik hitam.

CF 19 mematuhi kedua-dua standard MIL STD 810 dan IP65. IP65 yang di­tubuhkan Suruhanjaya Elektro Teknikal Antarabangsa sebagai standard untuk penarafan ‘perlindungan’ berkaitan casis atau kemasukan bahan asing dalam laptop. 


Manakala MIL STD 810 merujuk kepada kemasukan pepejal bermakna ia mendapat pengiktirafan sebagai antara mesin paling lasak di dunia.

Skrin adalah elemen paling lemah untuk Toughbook ini apabila paparan transfleksif 10.1 inci tidak kelihatan besar dan resolusi rendah yang terhad. 

Meskipun transfleksif bermakna anda boleh ­melihat skrin di bawah cahaya matahari dan menghalang pantulan menjeng­kelkan namun apabila ia digabung­kan dengan panel TN meng­akibatkan sudut tontonannya boleh dikatakan ala kadar.

Meskipun tablet ini bersaiz 10 inci, ia tidak perlu bertolak ansur de­ngan kuasa pemprosesan apabila Toughbook CF 19 datang dengan pilihan anda Intel Core I dengan konfigurasi standard ditetapkan pada Core i5 3320M. 


CPU Dual Core beroperasi pada kelajuan 2.6GHz tetapi dengan Turbo Clock boleh menjangkau sehing­ga 3.3GHz yang disokong RAM 4GB bersama pilihan untuk meningkatkannya kepada 8GB.

Pada ruang simpanan pula, Toughbook leng­kap dengan cakera keras 500GB yang boleh dikeluarkan sendiri dari kerangka laptop dengan mudah serta pilihan SSD.
Jika anda sedang mencari laptop tahan lasak sepanjang hari, Toughbook CF 19 adalah pilihan yang sesuai ditambah kuasa bateri bertahan 10 jam memang cukup lama.

Bagi pendapat admin bagi sesiapa yang selalu nak online dalam keadaan dan suasane yang advanture, dimaklumkan anda sesuai beli laptop ini.


Riview video mode Panasonic Toughbook CF 19 :


INFO
Ciri: Laptop tahan lasak
Pro: Cakera keras mudah tukar
Kontra: Paparan kurang cantik

SPESIFIKASI
Produk: Panasonic Toughbook CF 19
Pengeluar: Panasonic
Pertanyaan: Panasonic
Laman Web: panasonic.net

Info : My metro

Admin - east region | ONLINE




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sponsored by :-