Acer memperkenalkan dua peranti sekali gus iaitu laptop Acer Aspire R7 dan ultrabook hibrid, Aspire P3 baru-baru ini yang menampilkan ciri perkomputeran futuristik berdasarkan ciri mekanikal unggul diserlahkan.
Acer Aspire R7 dilengkapkan dengan fungsi yang membolehkannya dilaraskan menjadi desktop komputer atau tablet apabila monitornya boleh diangkat sekali gus menawarkan kaedah baru perkomputeran dan pilihan penggunaan kepada pengguna.
Pada masa sama, rekaan Acer Aspire R7 ditampilkan dengan bahan binaan yang ringkas namun mengekalkan beberapa ciri moden ditampilkan dalam model sebelum ini.
Ia bakal menggunakan skrin yang bersaiz 15.6 inci lengkap dikuasakan cip pemprosesan Core i5 dan i7 manakala paparannya ditetapkan berdasarkan format 1080p.
Selain memperkenalkan R7, Acer turut mengetengahkan Aspire P3 yang dikategorikan sebagai ultrabook hibrid memandangkan monitornya boleh ditanggal sebelum merubahnya menjadi tablet penuh.
Gajet yang turut menyokong pen stylus itu didatangkan dengan saiz 11.6 inci bersama pemprosesan Intel Core i3 dan i5.
P3 akan menggunakan sistem operasi Windows 8 yang mesra tablet dan dijual pada harga kira-kira RM2,499.
Ultrabook itu juga mempunyai kelengkapan port HDMI dan USB 3.0.
Spesifikasi R7
SpesifikasiProduk: Acer Aspire R7
Harga: tidak diperoleh
Dimensi: 14.83 x 10.02 x 0.81/1.12 inci
Berat: 2.4kg
Casis: aluminium
Pemprosesan: Intel Core i5 atau i7
RAM: 6GB
Resolusi skrin: 1920 x 1080p
Setoran: 1TB
Rangkaian: WiFi, bluetooth 4.0
Port: kad pembaca memori, HDMI, 3 x USB 3.0
OS: Microsoft Windows 8 Pro
Spesifikasi P3
Produk: Acer Aspire P3
Harga: anggaran RM2,499
OS: Windows 8
Pemprosesan: Dual-core 1.4GHz Intel Core i3 atau i5
RAM: 2GB atau 4GB
Skrin: 11.6 inci LCD
Resolusi: 1366 x 768 piksel
Dimensi: 11.63 x 7.5 x 0.39 inci
Berat: 800 gram
Grafik: Intel HD 4000
Sambungan: Bluetooth 4.0, WiFi 802.11 b/g/n
Kamera: 5MP (belakang), 1.2MPP (depan)
Setoran: 60GB atau 120GB
Bateri: 6 jam
Jom riview video mode :
Admin - east region | ONLINE
No comments:
Post a Comment