Jika anda merancang membeli komputer peribadi (PC) bagi kegunaan pembelajaran, mungkin masanya anda melihat model terbaru HP iaitu Pavilion TouchSmart 20, Pavillion TouchSmart 14, Pavilion TouchSmart 11 dan Envy Desktop yang dikuasakan pemprosesan AMD.
Model PC HP Pavilion TouchSmart 20 dikategorikan sebagai mesin semua dalam satu (AIO) bersaiz 20 inci yang menjimatkan ruang kerja turut membolehkan anda merubahnya menjadi TV memandangkan grafik hebat cukup menonton filem hebat.
Ia dilengkapi dengan pemprosesan AMD E1-2500 Dual Core 1.4GHz, 1MB L2 Cache selain set cip AMB Kabini Dual Core di samping cip grafik AMD Radeon HD8240.
HP pavilion touchsmart 23 |
Manakala HP Pavillion TouchSmart 14 iaitu laptop bersaiz 14 inci turut sama menggunakan cip pemprosesan AMD berkuasakan Quad Core A10-5745M (2.9GHz/2.1GHz, 4MB L2,1333MH DDR3L) yang menggunakan set cip AMD A7 (Richland).
HP pavilion touchsmart 14 |
Sementara itu, HP Pavilion TouchSmart 11 yang bersaiz 11.6 inci mempunyai skrin boleh sentuh dengan 10 titik peka yang bermaksud lebih banyak nombor titiknya, lebih baik kepekaan sentuhannya.
Hp pavilion touchsmart 11 |
Meskipun saiznya 14 inci, anda akan memperoleh skrin terang jenis BrightView WLED HD 1366 x 768 piksel manakala grafiknya disokong cip AMD Radeon HD 8670M (2GB).
Ia lengkap dengan pemprosesan AMD Dual Core A4-1250 dengan grafik Radeon HD 8210 (1GHz, 1MB Cache), memori 4GB DDR3L serta kapasiti cakera keras 500GB.
Satu model CPU, berukuran 10.4 x 53.5 x 43.8mm yang juga mempunyai berat 7.62kg pula menerusi model HP Envy Desktop 110 ditawarkan dengan AMD BRAZOS E1-1500 bersama set cip AMD A45 (Hudson-D1) dengan set grafik AMD Radeon HD7310.
INFO HP PAVILION TOUCHSMART 20
Harga: RM1,899
Pemprosesan: AMD E1-2500 dual core 1.4GHz, 1MB L2 Cache
Set Cip: AMB Kabini Dual Core
Grafik: AMD Radeon HD8240
Cakera Keras: 500GB 7200RPM SATA
Port: Slot kad memori 6dalam1, 2 x USB 3.0, 4 x port USB 2.0
Memori: 4GB DDR3-1600
Dimensi: 10.4 x 53.5 x 43.8mm
Berat: 7.62kg
INFO HP PAVILLION TOUCHSMART 14
Harga: RM2,199 (skrin sentuh), RM1,899 (bukan skrin sentuh)
Saiz: 14 inci jenis BrightView WLED HD 1366 x 768 piksel
Grafik: AMD Radeon HD 8670M (2GB)
OS: Windows 8
Pemprosesan: AMD Quad Core A10-5745M (2.9GHz/2.1GHz, 4MB L2, 1333MH DDR3L)
Set Cip: AMD A7 (Richland)
Kapasiti Memori: 320GB, 500GB, 750GB, 1TB
Port: 2 x USB 3.0, 1 x USB 2.0, HDMI 1.4, RJ4, jek audio
Dimensi: 347 x 239 x 22.5kg
INFO HP PAVILION TOUCHSMART 11
Harga: RM1,299 (A4), RM1,499 (A6)
OS: Windows 8
Pemprosesan: AMD Dual Core A4-1250
Grafik: AMD Radeon HD 8210 (1GHz, 1MB Cache)
Memori: 4GB DDR3L
Cakera Keras: 500GB
Set Cip: AMD SoC FCH
Saiz: 11.6 inci
Port: 2 x USB 3.0, 1 x USB 2.0, 1 x HDMI, 1 x VGA, 1 x RJ45, 1 x jek audio
Dimensi: 29 x 21.6 x 3.85sm
INFO HP ENVY DESKTOP 110
Harga: RM899
OS: Windows 8
Pemprosesan: AMD BRAZOS E1-1500
Set Cip: AMD A45 (Hudson-D1)
Grafik: AMD Radeon HD7310
Memori: 2GB, 4GB, 8GB
Cakera Keras: 500GB, 1TB
Berat: 2.14kg
Admin- east region | ONLINE
No comments:
Post a Comment